Piknik di PD…
May 2nd, 2008 by nizarejabSalam kawan-kawan……
Apa khabar semua…? sihat? semoga begitulah hendaknya ya….
Dah lama betul tak menjengah ke blog nie… tak berkesempatan….
kadang-kala….sempat buka sekejap…nak check mesej dari kawan…
Esok cuti…jadi sempatlah malam ni memblogging…hehehe……
Semalam 1 May….untuk sekian kalinya….untuk lari dari tension asignment2 yang bertimbun-timbun, salah seorang kawan kelas a.k.a Pak Tam mencadangkan supaya Hari Pekerja tersebut kami sambut bersama-sama semua rakan sekelas…. bukannya apa…selepas ini kami akan bercuti dan seterusnya akan menjalani praktikal….jadi bila lagi nak bersuka-ria kan….
Mulanya..pelbagai tempat dicadangkan….Genting, Sg. Congkak (dan yang seangkatan dengannya), dan PD…
Di PD kami cadangkan untuk buat barbeku….namun ada pendapat yang mengatakan pantai PD tak boleh barbeku…. so, apa yang kami buat adalah bawa sahaja makanan siap masak sahaja ( tu pun yang ditempah - yalah, kebanyakan kami semua tinggal di asrama. Jadi susah sikitlah nak masak…;))
Daripada 19 orang budak kelas, 6 orang tidak dapat ikut atas sebab-sebab tersendiri. Namun, tanpa kehadiran mereka…( mulanya ada yang bersedih sebab best fren mereka tak ikut sama).. kami semua tetap enjoy….. ada yang membawa keluarga masing-masing….( dalam kelas cuma Mimi dan Mila sahaja yang sudah punya anak…dan Che Muzek bawa isterinya - yang juga pelajar KPLI di IPIS ( Institut Perguruan Islam - Bangi))
Kami, geng-geng bujang ni lah rasanya paling enjoy…..yang paling
best…..dapat naik banana boat…( teringat pengalaman semasa di BIG (
Bina Insan Guru)- dimana kami diajar terapung, berenang, dan
berkayak……
Enjoy the pics…..


Menjamu selera sebelum memulakan tugas…hehehe..mandi pantai..
Dua orang ibu dengan anak masing-masing….( dari kiri…Mimi & Haris dan Mila & Puteri)
Wajah ceria dan tak sabar untuk naik banana boat with Azizul…our hero….hehehe
Azizul yang merelakan dirinya di dugongkan oleh kengkawannya…. cayalah zizul…hehe…
Bergambar sebelum balik…( and u can guess which is Pak Tam…aren’t you..hehehe)
Akhir kata….kami semua memang enjoy!!! and once again… i still got the sun burn for a third time for this short period…uuurrgghhh……problem…


